Followers

Tuesday, August 23, 2011

gendang gendut

bismillah,







hariini cadangnya nak membasuh baju yang sudah menggunung
biasalah
bukan aku yang basuh
member aku yang basuh hehe
bukan buli mana ada buli aku baiklah
cuma otak aku tak dapat menerima function
washing machine 1st generation
yang ada kat rumah aku tuu
sudah beberapa kali di muat turun kat ka fa la ho nii
otak ini belum mampu untuk menerima
ekeke










this week banyak masa dihabiskan bersama sahabat handai
berbuka puasa di luar bersama
bergelak tawa bergosip bermadah helah bergurindam
eira odd nisa falsha emma bella ayu
thanks for the time
thanks a lot for the company
ilebbiuu
^^





odd
kesian kau accident
itulah
kau taiko sangat kat telok kemang tuu
kau ingat kat naik RXZ ?
kau naik ego jelaa weyy
HAHA
takpe lahh
apa apa pun rezeki kau melimpah ruah ke ladang gandum akibat
keprihatinan kami tau ?





eira
kau gila
ajak buat benda bukan bukan
singgah rumah orang semata mata nak tanya
" weyy kau tau rumah aku kat mana takk "
habis di pusing dua tiga kali tanya orang mana rumah kita
pecah berderai terburai perut aku









yang lain lain
terima kasih untuk masa dan duit yang dihabiskan bersama
korang rockaholic habis
korang sakai habis !
sayang korang
euww





bahaha



habis !

Monday, August 22, 2011

Ramadhan Barakah Raya Idul Fitri

bismillah,


minggu ini masuknya minggu akhir kita berpuasa
alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar
sehinggalah ada satu perkara yang merungsingkan fikiran anak muda ini





kawan teman sahabat handai



aku sangat menjunjung teman
aku sangat menyayangi teman
aku sangat hormat teman
bagi aku teman adalah segalanya




tapi setuju tak kalau aku cakap
sebaik baik teman adalah sejahat jahat teman
jahat dari sudut dan segi mana aku tak berani nak cakap








aku dah malas nak bercerita tentang masalah yang entah bila
akan ada kesudahannya
walaupn aku sudahpun meletakkan titik noktah dalam cerita tersebut
kenapa ?

kerana aku sudah penat
sudah letih
sudah sangat terluka
sudah dan sudah



aku berdiam
aku membenarkan segala apa yang mereka nak bercakap tentang aku
aku merelakan segala
tapi bukan bermakna untuk dipijak kepala
aku ada pendirian
diam tidak bererti kalah
diam tidak bererti salah
diam bukan membenarkan segala
tapi bagi aku diam adalah segalanya
kenapa ?
sebab mulut manusia bukan kuasa kita nak tutup
bukan kuasa kita nak menyedarkan
bukan kuasa kita nak menegakkan
orang kata 
siapa lagi nak membetulkan keadaan lagi kalau bukan kita sendiri ?
tapi aku kata pulak
macamana pulak kalau orang tu sentiasa nak betul ?
mereka kata
siapa betul siapa salah sebenarnya ni ?



jawapannya
sama sama salah
ye aku mengaku kesalahan aku
aku mengaku sikap aku
dan itu tak bermakna aku tak tau cerita sebenar
sebab cerita sebenar
pokok pangkal duri akar sehingga layu semula
AKU SAJA YANG TAU

kenapa korang tak tau ?
sudah aku terangkan
bagi aku diam adalah segalanya


tapi aku pelik
bila aku berdiam semakin banyak benda yang menghentam
semakin banyak mitos mitos yang menyerang
semakin banyak cerita yang disulam
salah ke aku berdiam ?

aku berdiam sebab aku tau tak ada siapa yang akan mendengar
aku berdiam sebab aku taknak panjangkan masalah
aku berdiam sebab aku tau kebenaran akan mengatasi akhirnya
sampai bila aku nak berdiam ?

sampai bila bila
sebab aku percaya
walau macamana sekalipun
kebenaran tetap akan berada di pihak yang benar





tak kisah
aku sangat tak kisah orang nak hentam aku
aku sangat tak kisah orang nak bercakap belakang aku
aku sangat tak kisah orang nak bercerita pasal pekong aku
aku sangat tak kisah orang nak mereka apa saja cerekarama pasal aku
aku tak kisah orang nak meletakkan kesalahan kat aku
aku tak kisah apa pun
walaupun aku sangat sangat tak berkenan dengan semua sikap
manusia di atas
tapi aku tau
manusia berbeza kan ?
ada pendirian masing masing
ada pendapat masing masing
aku hormat dengan statement itu
aku hormat dengan fakta itu
sememangnya
walau pahit untuk ditelan
nenek aku cakap
yang pahit tu lah penawarnya
hebat kan nenek aku ?
hehe



orang akan bertanya
'eh kenapa dengan minah ni?'
ataupun
'akhirnya jatuh jugak ego kau ekk minah'
cakap lah dan tanya lah apa saja
aiman tak kisah
temey kisah


sebab apa temey kisah
sebab ini cerita temey
bukan cerita aiman






umur aku pada saat ini adalah 19 tahun
sudah cukup matang untuk menghadapi segala liku liku kehidupan ini
alhamdulillah aku masih kuat
walaupun kadang kadang aku tertanya tanya
kenapa ramai sangat suka kacau hidup aku ?
tak apa lah
nampak sangat kat situ aku artis kan ?
bahaha
nak muntah ? silakan
9TEEN years old
kini aku tersedar yang aku masih mentah untuk memberi
komitmen aku terhadap pasangan
aku belum bersedia ke arah yang lebih serius
aku belum sedia menerima 'Adam' sebagai pemimpin aku
aku belum yakin dapat membahagiakan sesiapa
aku belum dapat memberi kesetiaan aku pada sesiapa
aku belum dapat berfikir secara matang tentang 'Adam'
sebab apa ?
sebab aku belum berjaya


biar lah
cinta datang tanpa diundang






apa aku merepek ni syaiton !








maaf aku ber jiwang emas 45 karat pula











maka aku akhiri post aku kali ini
memohon seribu satu kemaafan kepada semua makhluk
yang mengenali dikenali dan terkenali
takut tak sempat pula bila kaki ini menjejakkan kaki ke kampung halaman
maaf dipinta
halal kan segalanya
raya setahun sekali
mintak maaf tak bermaknak setahun sekali
esok lusa mati belum tentu lagi
maka dengan ini
buang yang keruh ambil yang jernih
memaafkan memang mudah
melupakan & menerima semula ?
kelat pahit payau
tak apa lah
berkawan biar beribu
bercinta biar satu








SELAMAT HARI RAYA IDULFITRI
ikhlas maaf zahir dan batin





habis !

Tuesday, August 16, 2011

suram muram kelam



bismillah,





alhamdulillah
hari ini masuk hari yang ke 17 di bulan Ramadhan
alhamdulillah juga
semuanya berjalan dan berlalu dengan lancar
ada juga yang kurang nak lancar
mungkin akibat mendapan minyak ron95 yang digunakan
bukan nak salahkan minyak di stesen minyak
tetapi nak salahkan manusia yang naik minyak
apa ke hayy nyoo ?
buat buat lah puasa makcik oii
jangan lahmoody moody
bukan awak aja yang penat
kami pun penat
sama sama penat di bulan yang penuh liku lekir nii
jadi bawak bawak lahh berehat
tapi kenapa awak taknak berehat ?
sebab awak ada masalah yang menambahkan masalah orang
tak ada masalah cari masalah
taknak buat masalah diri bermasalah
ada masalah ditambahkan masalah
masalah masalah ~

ini adalah luahan hati dari seorang pelajar
(bukan seorang, satu kelas sebenarnya)
yang kurang puas heart terhadap lecturer nya
gegeh !




maka dengan itu bukan lah ini yang aku nak sampaikan
itu hanyalah luahan hati anak muda di rantauan






apa yang cuba nak disampaikan adalah
tahun ini anak muda ini akan beraya di kampung halamannya
' na na na na na Ganu kite '
setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke kampung halaman
terasa janggal untuk beraya di sana
AH !
nampak nya raya tahun ni berat badan aku akan susut
berikutan makanan raya terengganu pelik pelik belaka
maka dengan itu saya mengisyitiharkan bahawasanya

SAYA TAKNAK RAYA

Tuesday, August 9, 2011

alahaii

bismillah,



hari ini tidak berapa nak sihat
pening ka fa la
di tambah lagi dengan selesama
bertambah tambah lagi dengan batuk batuk orang kaya
ekeke




bangun seawal pagi
dengan niat nak pergi kelas
bukak mata
aduh
pening !
Ahh tidak kesanggupan
siap siap
ajak member ke klinik
maka berlalu lah 
member bawak aku mem besar
hehe
tak larat lah nak bawak


sampai
alamak malaysia hour kata nya
belom bukak lagi
pukul 9 baru open
nak patah balik rumah jauh
lepak pantai kejap




okay pukul 9 dah
pegi balik klinik
bukak dah
daftar
mintak ic
bagi lesen
ic tak siap lagi
dia buat muka pelik
aku buat muka sakit
bagi lesen
dia cakap ingat kan cina
hehe


okay bukan itu yang aku nak cerita
dah siap siap siap semua
balik !
tilam bantal katil memanggil manggil
uhh heaven ~
eh ?
polis ?
eh saranghae dari jauh dah break !
ISH !
dah lah dia tak ada lesen
ic dia tak bawak
memang pendatang asing member aku ini



alamak pakcik polis perasan dia break
hailaa
penakut jugak budak nii
brutal konon
bahaha

redah aje lahh
mintak lesen
tak ada
mintak ic
tinggal
haa kan dah kena marah
siap kena marah lagi bawak motor pakai selipar 
dia suruh pakai kasut
ada ke patot ?
aku nak pegi klinik ajaa
bukan nak pegii amik test lesen motor lagi pun
haila pakcik
"pergi mana?"
"klinik. kawan saya demam tolong hantar pergi klinik"
"mana lesen?"
"tak ada"
"kalau tak ada apasal bawak?"
"saya tolong hantar kawan pergi klinik"
"hantar hantar ! saya panggilkan ambulance ke sini nak?"

ada ke patot cakap macam tu ?
yang aku nii dah balik klinik dah pun
nak jelaskan kena marah
dah jelaskan kena marah
ish
tagline 
mesra, cepat, betol
mano mano ?
HEH
nasib baik abang polis hensem bagi amaran aja





maka nya
wanted lah motor member aku tuu
dah masuk buku amaran polis







kepada nurelina syazreen sofian
lepasnii jangan harap nak bawak motor lagi paham ?
fullstop !






























habis !

Sunday, August 7, 2011

siapa LU ?


bismillah,












hari ini masuk nya puasa yang ke 8
tinggal lah lagi beberapa minggu untuk beraya sakan
al kisah bulan puasa tak nak dan tak hingin lah
nak cari gadoh sangat
bukan sangat lah
memang taknak carii gadoh pun lah
itu bukan hobi
bukan juga tabiat
ingat macho lah gaduh ?
OH tidak sama sekali !










siapa LU ?
abang besar ?
sudah hebat sangat kaa ?

siapa LU ?
mak ayam ?
kerek sangat lahh ?


siapa kita dan apa kita ?
gua rasa LU orang dah tak ada langsung dalam hidup gua
LU tak payah nak up sangat 
kalau LU nak tunjuk suci LU tak payah babitkan nama gua lah
gua dah cakap
kalau LU tak sentuh hidupgua
gua pun tak sentuh hidup LU lah
masalah nya
LU admire sangat dengan hidup gua sampai 
sibuk cuit cuit hidup gua

gua jijik sehh


dan LU abang besar 




LU rasa LU kenal gua ?
LU rasa LU havoc sangat tau siapa gua ?
hakikot nya
LU tak tau apa apa !
zero !




gua dah tak kenal LU siapa
dan gua harap ada spell yang buat gua tak pernah kenal siapa LU !

gua marah bukan ikot suka
bukan ikot rasa
bukan ikot pahit
bukan ikot masam manis atau segala mala petala
gua marah sebab LU berdua "admire" habis kat gua !
gua tak paham lah


macam ni lah
gua tak masuk campur hidup siapa siapa
gua tak kacau hidup LU
gua tak kacau awek LU
gua tak kacau gundik gundik LU
gua tak kacau BF LU
gua tak kacau skandal skandal LU
gua tak kacau nate beghuk LU




jadi nampak tak kat situ ?

nampak tak yang LU orang macam tak payah lah kan nak kacau hidup gua ?
gua bukan satu satu nya makhluk Allah yang ada atas muka bumi ni
sampai bertuah sangat LU orang nak kacau


Gua dah tak ada kena mengena dengan LU orang !















BACK OFF YOU LOSER !













habis !