Followers

Monday, November 28, 2011

selamat tahun baru suka duka








bismillah,










mood : complicated









pejam celik pejam celik, pejam lagi celik lagi. dah masuk tahun baru dah kita. tahun baru Islam. jangan pk New Year Ho Ho Ho Merry Christmas ajoo.  macam biasa, banyak benda untuk dikenang. yang manis untuk di imbas kembali, yang pahit untuk ditelan, yang masam untuk diingat semula, yang masin untuk merasa. ber bagai perasa mahupun perisa.  susah dan payah macam mana pun untuk dijamah, di kunyah mahupun ditelan, kita tetap kena hadapi.  walaupun payah, walaupun seksa, walupun perit, walaupun dah give up, walaupun dah tak termampu, walaupun derita, walaupun merana, walaupun sakit, walaupun perih, walaupun luka,

we have to face it






"Allah SWT tidak akan menduga umatNya dengan dugaan yang
luar dari kemampuan umatNya"


Dari dulu, aku sentiasa berpegang pada ayat nii.  Memang. Ada masanya kita akan pernah rasa give up dengan life kita. Kita akan rasa dah tak dapat tanggung, kita akan rasa sangat sangat sangat letih dan penat. Dari aku sebesar tapak tangan, sampai aku dah jadi 'sebesar' ini, Dia tak putus putus turunkan dugaan untuk aku tanggung, sendiri. Pernah satu ketika hati terdetik, "Ya Allah, tak puas-puas lagi ke Kau menyeksa hidup hambaMU ini" satu persatu Dia ambil sesuatu yang sangat berharga dalam hidup aku. Moreover, dari aku sebesar tapak tangan, dia dah 'tarik' sesuatu yang sangat sangat aku perlukan untuk terus hidup. Apa dosa aku masa tu ? Apa yang aku dah buat masa tu ? Aku baru nak mula menangis, nak bau dunia, nak merasa belaian seorang bidadari yang Malaikat janjikan semasa dalam kandungan yang bakal menjaga aku apabila aku melihat dunia nanti. Tapi ?


Jahat kan hati ini ?



Semakin besar, semakin besarlah dugaan yang datang. Semakin besar lah cabaran yang kita kena face. Tapi sedar tak kita semakin besarlah pengalaman dan semakin matang lah diri kita ? Disebabkan ayat itu, aku masih lagi berdiri dan bernafas, sehingga ke saat ini. Aku tetap kuatkan diri walaupun hati terasa lemah. Aku hanya manusia biasa. Yang sangat biasa. Kekuatan aku bukanlah luar biasa. Aku tiada 'kekuatan' seperti orang lain yang sentiasa ada 'kekuatan' mereka bersama sama mereka. Allah masih sayangkan aku. Allah percaya yang aku mampu untuk tanggung semua ni. Allah tidak kejam untuk menyeksa umatNya luar daripada kemampuan umatNya. Aku percaya, satu hari nanti akan ada secubit kebahagiaan yang permanent untuk aku. Walaupun aku sendiri tak yakin dengan itu, walaupun aku tau harapan aku tu mungkin dongeng aja, tapi tak salahkan berangan angan ? (':












Aku bukan Cinderella, aku bukan Repunzel, aku bukan Snow White. Aku hanya manusia biasa. A very plain Jane. Aku lemah bila di duga bertalu talu. Aku jatuh apabila ditolak. Tapi aku bangun sendiri, aku menangis dan menenangkan diri sendiri. Aku menyedapkan hati sendiri. Aku mematangkan diri sendiri. Aku motivate diri sendiri. 

"the best Motivator is yourself"

Walaupun aku bukanlah pakar motivasi. Aku bukan lah seorang yang expert pasal chemistry, addmath, physics, mahupun biology. Aku hanyalah seorang bakal secretary. Tetapi itu bukan lah reason untuk aku jatuh ataupun dijatuhkan. Apa yang membezakan kita dengan orang lain adalah ilmu di dada. Tidak bermakan jika anda seorang secretary, security guard mahupun pengangkat sampah, bermakna anda tidak ada ilmu kan ?  setiap manusia ada kebolehan dan ilmu nya tersendiri. it does not mean if you know this means you do know that. Tiada siapa yang sempurna. Malah, kita saling menyempurnakan.



















Bak kata Jay Jay :
lautan mana yang tidak bergelombang
bumi yang mana tidak ditimpa hujan




Bak kata Kris Dayanti :
Kadang ku kuat setegar karang
kadang ku rapuh, lemah liar merana



Bak kata Justin Bieber :
But I know there's sunshine behind that rain
I know there's good times behind that pain



Oleh itu, di kesempatan ini. Saya, Nurul Athirah Nor Azman mengucapkan Selamat Tahun Baru Islam. Aku hanya manusia biasa. tidak lari dari melakukan kesilapan. maaf dengan ikhlas dari hati atas kesalahan dan kesilapan sama ada secara sengaja ataupun tidak. Halalkan rezeki, makan minum serta ilmu yang telah diberikan. Semoga di tahun yang baru ini, ada sinar kebahagiaan yang menanti. Semoga tiada lagi air mata yang membasahi. Semoga tiada lagi hati yang terluka. Semoga Allah memberi kesempatan untuk aku tesenyum.




















habis !





No comments:

Post a Comment