Followers

Wednesday, November 30, 2011

ini diari saya Datin Seri Paduka Domo



bismillah,












Hai tawan tawan *miaw miaw.  Nama saya Domo *miaw miaw.  Oleh kerana saya seekor kucing, maka tuan saya kata saya kena miaw miaw di setiap hujung ayat supaya kawan kawan tidak kompiuss dengan penulisan saya dan tuan saya walaupun pada dasarnya penulisan saya nampak lebih cemerlang daripada dia kerana saya seekor kucing yang well-educated *miaw miaw.  Hari ini, saya ingin bercerita tentang diri saya *miaw miaw.  Saya dah bagitau nama saya tadi tapi saya kadang kadang terkeliru dengan nama saya kerana tuan saya sering memanggil saya baby sayang *miaw miaw.  Saya tidak tahu dia memanggil siapa memandangkan tiada bayi didalam rumah ini melainkan saya yang baru berusia 6 bulan *miaw miaw.  Makanya saya menganggap tuan saya memanggil saya walaupun saya bertekad tidak menyahut kerana saya seekor kucing yang sangat ego *miaw miaw.  Hari hari saya akan buat perkara yang sama *miaw miaw.  Pada waktu pagi saya akan menunggu tuan saya (empunya blog ini) bangun, oleh kerana dia bangun lambat maka saya pun tidur di mana mana bilik yang mempunyai penghawa dingin kerana kulit saya sensitippp *miaw miaw.  Bila saya dengar saja bunyi pintu bilik tuan saya terbuka, saya terus berlari ke arah nya dengan gelojoh sekali sambil mengharap dia akan bermain dengan saya kerana saya sudah bosan menuggu dia bangun tidur *miaw miaw.  Rupa rupanya dia ke bilik air, saya pun menuggu dia di depan bilik air *miaw miaw.  Selepas itu tuan saya akan duduk depan saya sambil membelai belai saya dan bercakap bahasa manusia yang saya tidak pasti apakah maksudnya, lalu saya menjawab miaw miaw sahaja dan menggosok gosok badan saya kepadanya *miaw miaw.  selepas itu tuan saya akan ke ruang tamu untuk membuka lampu dan kipas dan televisyen *miaw miaw.






Penat saya menunggu tuan saya untuk membuka pintu rumah agar saya boleh menghirup udara yang segar *miaw miaw.  Tetapi saya hampa kerana tuan saya ada urusan rumah tangga untuk diselesaikan terlebih dahulu *miaw miaw.  Tuan saya belum berkahwin tetapi menjalankan tugasan seorang suri rumah tangga, sesiapa yang berminat sila lupakan saja kerana sejak akhir akhir ini dia seakan akan sudah kemaruk sawan addicted dengan Baddrol Bakhtiar *miaw miaw.  Saya berharap tuan saya dapat mencari cinta nya *miaw miaw


 Tuan saya turun ke dapur untuk membasuh baju, saya pun mengikut tuan saya kerana saya penakut *miaw miaw.  Selesai membasuh baju, tuan saya membasuh pinggan mangkuk di dalam singki, saya pula merayau rayau tidak tentu pasal di dapur itu bermain serangga seperti nyamuk semut dan lain lain lagi, mereka adalah sahabat saya *miaw miaw.  Selesai itu tuan saya pun naik ke atas untuk menonton televisyen *miaw miaw.  Lalu tuan saya ke dapur semula untuk mengambil baju yang sudah siap di basuh dengan mesin yang mengeluarkan bunyi yang menakutkan saya *miaw miaw.  Saya hanya duduk di dalam bilik abang tuan saya kerana saya bosan, lalu tuan saya datang menjenguk saya dan menutup pintu *miaw miaw.  Alangkah sedihnya saya kerana itu adalah tektik tuan saya agar saya tidak keluar rumah semasa dia sedang menjemur kain *miaw miaw.  Selesai menjemur kain, tuan saya sekali lagi datang menjenguk saya *miaw miaw.  Saya ingatkan tuan saya mahu membawa saya keluar, tetapi rupa rupanya dia hendak pergi ke dapur untuk memasak *miaw miaw.  Disebabkan saya bosan dan tidak tahu buat apa, saya pun mengambil keputusan untuk 'membantu' tuan saya memasak *miaw miaw.  






Lihat lah lihat lah ! Comelkan saya ? Saya pelik dengan benda bulat berwarna putih dan merah itu yang berada di dalam piring, saya pun bau bau lah mana tahu boleh buat makan kan kan ? *miaw miaw.



Inila akibatnya tuan saya tidak membawa saya keluar berjalan-jalan di luar
maka saya sangka kan kangkung tersebut daun
dan ingin memakannya agar saya boleh muntah
tetapi dimarahi tuan saya kerana dengan selambanya saya melangkah ke dalam bakul itu
*miaw miaw



akibat bosan tidak dapat 'membantu' tuan saya,
saya pun merayau rayau lalu tersesat di dalam sebuah gua
dan tuan saya meng gelakkan saya
saya pelik, apa yang lucu ?
*miaw miaw





inilah dia seinggang yang masih mendidih
selepas selesai tuan saya memasaknya
bersama kangkong goreng belacan
*miaw miaw





Selepas segalanya siap, tuan saya menyuap saya makan *miaw miaw.  Bukan makan singgang, tetapi makan freskies di dalam mangkok sangkar saya kerana saya mengada ngada taknak makan dan ingin disuap *miaw miaw.  saya memang suka menyusahkan hidup tuan saya, itu adalah hobi saya *miaw miaw.   Selepas makan saya aktif dan akan memberontak untuk keluar, saya akan memanjat kerusi unutk mengambil kunci untuk keluar  *miaw miaw.  Lalu kunci itu jatuh dan saya cuba menolak nolak sliding door, malangnya saya hanyalah seekor kucing *miaw miaw.  Saya terus menunjuk protes tetapi tidak dilayan, hampeh punya tuan *miaw miaw.  Selepas tengahari, saya bosan dan kerja saya hanya main dan tidur *miaw miaw.  Tuan saya kesian kat saya lalu menemani saya yang suka tidur di dalam bilik abang tuan saya, tuan saya membaca novel di atas katil, lalu saya pun naik ke katil dan tidur di sebelah tuan saya *miaw miaw.



ini adalah saya yang sedang tidur
saya suka tidur dengan kaki seperti kangaroo kerana 
ia membuatkan saya nampak comel
dan nanti akan membuatkan tuan saya membelai dan mencium saya
*miaw miaw


akibat saya terkejut dengan bunyi guruh
saya pun beralih ke tempat tidur saya
ini adalah tempat tidur saya selama ini
saya ditidurkan semula oleh tuan saya 
*miaw miaw



bila petang, saya akan dibawa keluar oleh tuan saya untuk menghirup udara segar *miaw miaw.  Akhirnya, dapat juga saya memanjakan diri saya dengan daun daun hijau *miaw miaw. Selpas abang tuan saya balik dari kerja, saya terus saja melupakan tuan saya yang ini kerana saya lebih menyayangi abangnya daripada dia kerana saya gatal, saya seekor kucing betina, mana mungkin saya mahu menggtal dengan tuan saya ini *miaw miaw.  begitulah cerita saya seharian bersama dengan tuan saya ini. sekian saja dari saya Datin Seri Paduka Domo *miaw miaw.  Sebenarnya saya tidak suka gelaran itu, kerana saya baru saja berusia 6 bulan, saya lebih suka tuan saya memanggil saya baby sayang, hehehehehehe *miaw miaw (:
















habis !










No comments:

Post a Comment